Jumaat, 26 Ogos 2016

Things to do during semester break

Assalamualaikum!


Hai.. Cuti panjang dan belum ada idea aktiviti apa nak buat? 
Bawah ni saya share sikit antara aktiviti yang korang boleh try waktu cuti sekolah/sem. Semua ni antara aktiviti yang saya buat waktu cuti sem . Harap2 ada aktiviti berguna yang dapat bantu awak awak untuk isi masa lapang, terutama kepada girlsss, dan awak2 yang suka habiskan masa di rumah. 


1. Menjahit.

Luckily mak saya seorang tukang jahit, jadi saya belajar dengan mama... Kali ni mama ajar buat blouse. Dan sempat rasa jahit baju kurung moden, baju melayu. Boleh la bukak butik lepas ni buat part time. Btw, berangan itu hobi saya nombor 4. 

Tapi risiko belajar dengan mak sendiri boleh nak manja2, bila tiba part susah bagi je mama buat. Bila lagi kan kita nak manja2. Hihikss.. Tiba2 ada cerita best kat tv, 'eh berhenti kejap jom tengok tv dulu'. Pastu kejap2 tengok phone. Kejap2 keluar pulak benda best nak cerita n gossip, habislah pot pet pot pet~~





2. Cuba resepi baru    


Sebab duduk korea setahun lebih, kita tunjuk sikit skill buat kimbab. Walaupun bentuk kimbab ni macam tak berapa sihat tapi alhamdulillah rasa dia not bad. Nyaris-nyaris iolls tau. Masih boleh lalu kat tekak, perut masih nak terima. Haha.. Bentuk kita boleh improve next time. Usaha kan tangga kejayaan. Yang penting, usaha tu ada dah~

Saya letak daging dan cheese dalam kimbab ni. Dan disebabkan seaweed korea dah habis saya guna Taokaenoi perisa asli.



Nak buat karipap tapi tak rajin nak buat inti kentang, so time banyak masa  macam ni kita kena bereksperimen kan. Hahahaha (gelak jahat).. Apa salahnya kalau guna inti pisang, simple dan save time.  Buat penggemar pisang mungkin boleh try tapi kalau awak minat buah-buahan lain macam saya tak perlu try karipap inti pisang ni please.. Makan pisang camtu je lagi sedap. Yummy... 

Conclusion, karipap inti pisang antara cubaan yang belum berjaya.



Karipap inti daging dan cheese. Sama macam inti kimbab tadi kannnn. Lepas beberapa kali gagal, yayyy kali ni menjadi. You can try this!




3. Try how to solve a rubik's cube .

Harap saya belum terlalu tua nak belajar, sebab biasanya orang belajar skill ni waktu sekolah tapi malangnya saya tak tau apa saya buat waktu sekolah dulu. Mustahil 24hours belajar. Mustahil. Mimpi dalam mimpi.

Ni ada link yang sangat membantu kalau nak try solve rubik's cube untuk beginner: https://www.youtube.com/watch?v=MaltgJGz-dU 




4. Learn about photography.

Sejak kecik minat sangat ambik gambar dan 2 bulan lepas saya dapat beli camera! So cuti kali ni saya ambik peluang untuk lebih get-to-know my camera. I'm still a beginner and perhaps if you're a photographer  and would love to share your comment or tips please do so^^ I really appreciate it.




5. Read more books.

Membaca jambatan ilmu. Jom membaca. (Tiba2 teringan kempen membaca kat sekolah dulu).




6. Food Hunting.

Food Hunting. Tapi untuk saya mungkin lebih tepat breakfast hunting. Nasi Ambeng, Lontong, Nasi Lemak, Roti canai. Waktu cuti ni kita makan puas2 benda ni. Mana nak cari nasi ambeng dan lontong bila balik Gocheok-dong nanti T_T




Durian!
Tengkiu Nyai, Cik Siti dan Cik Can, jiran saya Uda, Angah, Cik Misah, Cik Sani sebab selalu bagi durian. Tengkiu jugak ayah sebab belikan durian. Tak kempunan dah balik nanti. Hehe. Dan tengkiu jugak gang karimamak yang sponsor durian waktu jumpa2 haritu. *speechless* haha. Memang terbaik~





7. Hang out with hometown besties.


Ni antara yang wajib buat~ Masing2 tempat belajar lain2 bila lagi nak jumpa. Last time, diaorang berjaya buat saya tengok cerita hantu. Sebab sayang, kita tengok. haha. Lain kali kalau nak tengok movie seram korang belanja. 




8. Join class reunion.

Karimamak Priorities. 
"Sampai bila kita nak jumpa2 macam ni?"."Sampai ada yang kawin". 

Konvoi raya.



9. Make  a visit to school!
Akhirnya berpeluang jejak kaki kat sekolah. Disinilah segalanya bermula. SMKDS. 



10. Start writing a journal
Kepada sesiapa yang nak buat/tulis jurnal tapi belum berkesempatan, boleh gunakan waktu cuti ni untuk mulakan! 





11. Learn an instrument.







 12.Spend time on hobby!


Why colour the sky blue when you can paint aurora~



13. Have a good rest!
      Rehat dan tidur cukup! Tenangkan hati minda dan bersiap sedia untuk sem yang seterusnya.





14. Spend good time with family.

Benda paling penting nak buat waktu cuti. I really enjoyed every fight we had! Haha. Terima kasih mama, ayah, Ifan, Iwan, Arina, Aliff untuk semuanya! Makanan je dah cukup banyak. Hehe. 



Lastly, 
Don't be shocked,  but I really turned 20. 


Have a nice day!

Rabu, 24 Ogos 2016

God work in a mysterious way

Assalamualaikum!



  Saat kita merancang, yang Maha Esa punya rancangan yang lebih baik...








This is how the story begins.....

Selasa-24/8/2016

Surprise Birthday Party.
Wana, Amirah, Fieqa dan Farahin senyap2 nak buat birthday party kite awal daripada tarikh sebenar. Hehe. Sweet ngat. Pagi2 lagi dorang kumpul kat rumah fieqa, sediakan makanan, goreng ayam, kentang, bebola, Wana masak mee hoon tomyam yummy. Disebabkan ada beberapa hal belum settle, Wana uruskan masak2 kat rumah, Fieqa, Amirah dan farahin keluar untuk beli barang dan settlekan persiapan lain termasuk print gambar dan ambik pam untuk tiup belon. Gigih dorang prepare iolls terharu T_T

Surprise Tersurprise.
Sebab excited nak jumpa gang, saya terdatang awal daripada waktu yang diaorang jangka, dan dorang bertiga belum balik lagi masa tu. Alang2 saya sampai dah kat rumah Fieqa, Wana pun ajak masuk so boleh tolong dia prepare makanan. Huhu. Tadaa.. Nampakla serba serbi persiapan surprise party tu. Lepastu macam eh nak pura2 taktau dengan dorang ke macam mana eh. Takpe la kita Just Go With The Flow. Jom tunggu dorang bertiga balik sambil tiup belon.

Here They come!
Akhirnya dorang bertiga balik, Saya duduk senyap belakang pintu masuk konon nak au chakk dorang, tapi dorang masuk lalu pintu lain.Alamak. cane ni. Reda je la, duduk je la kat kerusi kat ruang tamu ni. Dorang pun masuk rumah. Hai! Surprise, korang! Dan saya terima sedikit pukulan2 manja gittew, sebab ruined the surprise. 

Happy Decorating Time
Alang2 semua dah kumpul kitaorang pun sama2 prepare makanan dan hiasan! Tiup2 belon dan sempat jugak buat balloon fight.  Happy sangat2. Sempat gelak dan gaduh2 sebab ada orang tu nak buat kerja yang tak guna tenaga. 

Allah's plan.
Waktu excited nak start our little party, tiba2 Mira dapat panggilan phone. Atok Mira baru hembuskan nafas terakhir.... Sayu. Semua terdiam.....Selama ni Mira selalu jaga atok nenek dia. Jarang dapat join kitaorang sebab nak tolong jaga atuk. bukan senang cucu nak tolong jaga atuk nenek. Saya sendiri tabik kat dia. Allah lebih sayangkan arwah atuk Mira dan harap Mira kuat hadapi semua ni. Lepas letak call Mira kemas2 beg, kitaorang bawakkan sikit makanan walaupun tau dia mungkin tak lalu makan, harap2 dapat buat alas perut. Tak lama lepas tu ayah Mira datang ambik. Sebelum balik, Mira sempat bagi hadiah bufday untuk saya T_T

Barang yang tinggal.
Saya nampak kertas2 warna dan kertas dengan print gambar kitaorang ada kat kerusi rumah Fieqa. Mesti ni Mira punya. Ada lagi benda yang dia tak sempat siapkan... Dan game2 yang dia tinggalkan. Tak dapat main harini. Kitaorang sepakat nak main bila semua kumpul lagi jadi kitaorang letak barang2 tu dalam time capsule... 

This is how it ends.
Kami berempat yang tinggal ni, mula makan. Makanan dah terhidang ni kita kene makan. While eating, Wana dan Farahin tunjuk video yang diorang buat. So sweet dorang simpan lagi gambar lama2. Sebelum balik dorang pun bagi hadiah T_T... Tengkiu korang for that day. Walaupun plan kita tak jadi, tapi Allah mesti ada plan yang lebih baik. Every cloud has silver lining. Be strong Mira... Al-fatihah untuk arwah atok Mira.

 Mira draw me this!

 Surprise Box from Mira too!



Thank you very much for everything. For the time you spent, sacrifice you guys made, for the support, fight, all of our sweet moment and everything!

Have a nice day!

Isnin, 22 Ogos 2016

Little Happiness

Assalamualaikum! Hai.


Painting!

Aktiviti yang memuncak waktu form 3. Tapi masuk form 4 berpisah terus. Dulu2 nak SPM bajet2 busy takde masa nak pegang berus (mengade sangat takde masa, kita cubit je budak macam ni). Last2 skill terbang mana, lukisan hilang kat mana pun hurm reda je la. Dekat 2 tahun saya cari lukisan2 tu tapi bayang pun tak nampak T_T Let bygone be bygone! Let's move on!

Akhirnya first time saya rasa cuti sem yang panjang! Sebelum ni terkejar2, cuti sem pun cuma seminggu dua. Kali ni cuti 2 bulan, cuba untuk nikmati cuti ni sehabis mungkin dengan berehat dan bertenang (hahaa mencari ketenangan gittew). Mungkin ada orang kata tak proaktif cuti macam ni, betul jugak dan masing2 ada pandangan masing2. I  prefer to just go with the flow~~

Harini mungkin saya teringin nak doodling, jadi saya pinjam pen mama dan conteng dalam buku tulis panjang yang saya baru beli (saya tak bawak alat tulis balik). Esok mungkin saya nak tidur je. Lusa mungkin nak ambik gambar ke, belajar selesaikan rubik cube ke, buat kek ke. ( I would love to tell you more about this in the next entry)  

Tapi satu hari, tiba2 rasa macam nak buat lukisan. Terus print out gambar2 sunset, river, sky etc untuk buat rujukan (haa macam buku rujukan pulak). Then tengah haritu jugak beli water colour, berus, pallet, kertas lukisan. Petang tu saya buat sikit lakaran kasar dekat buku tulis panjang saya dan malam tu kita hentam je! Jadi tak jadi lukisan tu belakang cerita.  

Waktu tengah hayal, bahagia susun2 kertas, warna, pallet tiba2 Aliff datang. "Kakak nak kaler apa tu? Alip nak ambik kertas jugak la" Selang 1 minit lepastu dia datang bawak kertas A4. Takpela akak ganti dengan kertas lukisan. Selang 15 minit lepastu siap lukisan kitaorang. Amacam laju tak laju? Hihikss. Rahsianya guna kertas lukisan kecik uolls.

Siap satu lukisan(sebenarnya bukan siap tapi lukisan tu macam dah penuh, anggap je dah siap), Aliff pun tidur.  Hurm.. Excited saya belum habis lagi. So, saya ambik kertas baru, terus lukis sampai larut malam, tak sedar masa berlalu, hanyut camtu. Skill, kelaut pastinya tapi seronok dapat pegang balik berus, bau water color yang menggamit memori,  and I just can't stop smiling..

Hasil gabungan ili-aliff
I forgot how to paint the leaves but got to figure it out that night while doing my third painting, to be exact my 6th tree. Keep on trying don't give up. 

Can't believe I can finish some of them but the thing that I can't believe most is I started to lost one of my painting which is my favorite one. Maybe I need to focus more on what I do so that I will stop misplacing things. 



Wish to update more about things I've done during this semester break soon!

Have a nice day!